Sepatah Kata,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan. Seremban ditubuhkan bagi mewujudkan kerjasama antara ibu-bapa dan pihak sekolah dalam usaha pendidikan anak-anak. dalam membina sebuah institusi pendidikan yang dapat melahirkan generasi yang respon dengan kehendak serta keperluan masyarakat dan diri pelajar itu sendiri.
Setiap seorang daripada kita wajib berusaha mencari keredhaan Allah pada apa sahaja amalan dan aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Demikianlah dalam melaksanakan aktiviti PIBG SMT TJ tidak hanya terhenti sekadar kebaikan di dunia, malah harus menjangkau untuk mencari pahala serta redha Allah SWT dan mendatangkan manfaat hingga ke akhirat.
Program yang biasa dilaksanakan oleh PIBG adalah seperti ziarah, berbuka puasa serta program peningkatan ilmu, prasarana dan motivasi.
Jika kita dapat memahami dan bersama-sama menyokong sekolah sebagai pelengkap dalam proses mendidik anak-anak, maka model pendidikan Islam yang bersepadu sebagai pusat tarbiyah bagi melahirkan generasi yang berkemampuan memimpin umat dalam menghadapi cabaran zaman, generasi yang mantap akidahnya, sahih ibadahnya, kukuh akhlaknya, mampu memimpin diri sendiri dan sedia berbakti kepada masyarakat tidak mustahil dihasilkan.
Setiap kita akan mendapat ganjaran/pahala menurut apa yang kita niat dan usahakan. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.